KELAB BOLA SEPAK SMK SACRED HEART

Matlamat

  • Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan ahli persatuan.
  • Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Objektif

  • Memberi latihan dan kemahiran asas.
  • Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.
  • Pelajar boleh menyertai dan mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
  • Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.
  • Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara.

Aktiviti

  • Latihan kesegaran dan kecergasan
  • Mempraktikkan kemahiran asas seperti menyepak, mengelecek, mendada dan melontar bola.
  • Mempelajari sistem permainan.
  • Mempelbagai kaedah latihan.
  • Teori berkenaan peranan setiap pemain.
  • Projek membaiki padang, membuat garisan padang dan mengecat tiang gol.
  • Pertandingan bola sepak antara kelas.
  • Perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.
  • Ujian bertulis tentang undang-undang permainan, kemahiran bola sepak, sejarah bola sepak dan lain-lain.
  • Pemilihan pelajar mewakili sekolah.
  • Latihan intensif.